was successfully added to your cart.

 
 
 

Its about life , journey , love

Kisah si Lutut

By | home | No Comments

Assalammualaikum..sekian lama x update blog..bersawang dah.Byk bnda yg nk di updatekan,tapi tu la..masa..mana pegi masa..merata mencari,matahari n bulan ni,bergerak dgn cepat,atau aku yg lembab sbnrnya.Hmm..diam x diam da nak masuk tahun 2018.Well tahun ni,x spt tahun2 dlu.Xtvt pn kurang,faktor umur agknya.Lagi plak lutut da x mengizinkan.Ni la akibatnya,terlalu lasak,tapi xnk amek supplement..padanla kat muka sndiri..ye x.Nasihat aku kpd bbu (budak2 baru nak up) simple je..mcm mana lasak pn,jgn sesekali lupa makan supplement spt glucosamine.Lutut nk pakai lama dik oi..nnt jd mcm aku ni ha..kan da padan muka. Salah satu lutut ni injured,mungkin krn mendaki.Bukan nak cakap x elok mendaki,cumanya..kena la jaga juga kesihatan.Hiking ni..mmg seronok,lg plak klu dpt view yg cntik.Bila mendaki ni,byk guna kekuatan peha,bila nk trun bebanan jatuh kat kaki atau lebih tepat,lutut.So..selain dr stamina,supplement juga pntg.Sangat penting..Puncanya masa aku mendaki Gunung Dato di Rembau,Negeri Sembilan.Masa menurun,mmg curam n ambil masa lama gak nk smpai bawah.Kesilapan dr segi kasut pun..ye jugak..Smpai je unah,aku dapat rasa lutut aku mcm kering kepanasan.Aku on letak la ais..recovery balik.Bila da ok..aku berlari sakan tanpa sedar yg cecair dlm lutut kering..ye la..kita mana la nmpak bnda yg dalaman ni..ye x..n aku buat keras hati,tanpa hiraukan kesakitan,tanpa hiraukan kesihatan mahupun mengambil supplement bagai,aku belasah lagi main badminton n futsal.Dalam masa yg sama,aku sibuk mengecat rumah,panjat tangga turun tangga.Aku dpt rasa lutut makin rasa ketat dan kemudian membengkak.Ingatkan sbb sakit biasa,aku g berurut,tapi makin parah.Kwn aku suggest pegi klinik pakar kat bndar Seremban,aku pegi..dok kata cecair lutut kering,tanpa ckp byk tetiba,dok terus inject lutut aku..dia kata cecair tiruan.X sempat tanye bagai..terima la dgn redha.Ingatkan lepastu,boleh la baik..hmm..sama je..satu lg..jgn lupa ambil insurans.Org bijak cam aku ni la..insurans ngam2 aku x byr lebih 6 bulan,3 tahun amek..xde pape,kekonon berlagak..dan..padan la kt muka aku sekali lagi.Skrg ni,aku follow up hospital kjaan,tapi..faham2 la ye..appointment manjang n makan masa berbulan.Minggu lepas aku baru buat MRI.Skrg ni..tgh tgu keputusan.Keputusan keluar bulan 1 tahun depan..bertabahlah ye..

#moral of the story,jgn jd mcm aku.ni la yg dikatakan da jatuh ditimpa tangga,da jadi baru nak terngadah..so..kpd adik2 yg aktif bersukan or hiking or apa2 la buat xtvt yg lasak,jgn lupa,supplement n insurans tu sgt pntg.Utk yg x aktif,jgn ingat sihat sentiasa,x salah prepare dr awal.Beringat sebelum terkena..sekiann

Vietnam-Ho Chi Minh City

By | home, Travelog | No Comments

Assalamualaikum..lama betul sis x bersiaran..hahaha..mcm apa pulak nk bersiaran bagai.Macam biasalakan..berkongsi travelog kali ni..kita ke Vietnam-Ho Chi Minh City.Kali ni,sis pergi seramai 6 orang. Tapi tiket berlainan harga,kelakarkan..biasala..sis akan grab tiket murah dulu,then baru tanye la kat yg lain,samada nk folo ke x. Sis beli tiket AirAsia (AA) mcm biasa. Harga tiket masa sis beli untuk pergi dan balik hanya RM 141.88. Murah la tu kan..?

Sebelum ke sana, macam biasala..sis pun memulakan risikan. Pada mulanya sis ingat nak ambil teksi atau bas je dari airport ke hotel. Memandangkan ada satu keluarga yg follow sis, so..sis ambil keputusan untuk menggunakan khidmat touristguide.Dapat la satu tourguide muslim bernama Abdullah. Alhamdulillah, senang beul berurusan dengan dia, malah dia banyak membantu sis, terutamanya penempahan bilik hotel. Sebelum tu, sis da booking melalui booking.com, tapi dia bagitau jarak hotel tersebut ke Ben Thanh kalau berjalan, mmg capek la. Dia suggest kan sis stay di Song Anh Hotel. Sis setuju je la, sebab dia kata dekat, so batal la booking.com.

Hari yang dinanti2 kan telah pun tiba, maka terbanglah sis dari KLIA ke HCM.

Pemandangan HCM dari atas

Sampai je airport HCM,mmg sis kagum. Sama mcm KLIA. Bezanya..KLIA besar n disini kecil sedikit. Xpayah turun naik tangga, terus je masuk kedalam airport. Keluar je dari airport, melilau mata sis cari nama Do Lah. Ingatkan lelaki,rupanya..perempuan yang menunggu. Kami dibawa terus ke tempat penginapan yang En. Do Lah suggestkan iaitu Song Anh Hotel.

Kawasan Menunggu Tan Son Nhat International Airport

Read More

Heaven in Lombok

By | Travelog | No Comments

fb_img_14767528573891Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera.. Rasanya da lama sis x bersiaran..haha..xbole blah kan.mcm retis plak. Kali ni sis nk share cite jenjalan ke Lombok. Mmg heaven la. Kali ni sis pergi beramai2.Meet old n new friends. Apai a.k.a Bapak Hayam jadi ketua Lanun utk trip ni. Rasanya masa kat Gili Trawangan, kami ni group terkenal la kat situ. Ini disebabkan oleh baju yang kami pakai tertulis dengan nama”Flygangz ? Forever”. Kami ni mmg havoc dan memekak, macam kampung sendiri kami buat. Sepatutnya kami pergi seramai 12 org, tapi salah sorg x jadi pergi, sbb dipromote utk kenaikan pangkat.Of coz la pentingkan kerja..tol x?Bercuti..bila2 bole g lagi. Ok..stop pasal cite promote..now sis nk cite percutian di Lombok.Yeayy!!!Memang heaven wooo..Tq bapak hayam..salute, mmg terbaik trip ko buat. Mcm biasala,sis beli tiket AirAsia..of coz masa promosi..WAJIB tau.Harga tiket termasuk airport tax RM 293.08. Bapak Hayam create backpacker style ats permintaan anak2 hayam. Total termasuk transport,supir,minyak,bot ke pink beach,bot ke gili trawangan, RM 318.00. Harga sis bgtau td tu untuk sekepala tau. Percutian selama 5 hari 4 malam. Total semua RM 611.08 tak termasuk sewa “speda” dan snorkeling.

1st Day

Sampai je di Bandar Udara Internasional Lombok, sis mmg terperanjat sgt. Ramainya manusia dok tunggu kat luar sana. Dalam masa tertanya2 sis dgr ada yg bersorak girang bila salah sorg penumpang keluar dr airport tu. Dgn selamba badak, sis tanye bapak askar kt sana..”knpa ramai sgt org kt depan ni, ada artis dtg ke?” Menurut bapak askar tu,mmg tradisi org Lombok. Kalau sorg saudara mara pulang ke kampung halaman, 5 keluarga akn dtg menjemput, dan kalau sorg ahli keluarga nak tinggalkan kampung halaman, 10 keluarga akan hantar. Kebanyakkan org Lombok bekerja di Malaysia. Lupa plak nak bagitau, sis beli tiket pada waktu yg x sama dgn bapak hayam. Sis smpai malam..bapak hayam smpai pagi. So..sis menunggu bapak hayam kt airport tu,smbil cuci mata tgk gelagat org Lombok yg gembira menyambut kepulangan keluarga dorg. Mmg nampak eratnya persaudaraan dorg. Respect toyoyong la.

Inilah pemandangan pertama sis lihat di airport

Inilah pemandangan pertama sis lihat di airport

Pemandangan dari luar airport

Pemandangan dari luar airport

Read More

Pendakian ke Bukit Tabur

By | home, XPDC | No Comments

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Kali ni nak cerita pasal pendakian pulak.. Kali ni xpdc mendaki Bukit Tabur. Bukit Tabur terletak di Taman Melawati, Gombak. Menurut Amir selaku ketua pendakian, Bukit Tabur ni ada banyak puncak. Tabur East, Tabur West, Tabur Far East dan Tabur Extreme. Pada perancangan awal, kami akan mula pendakian di Tabur Extreme dan berakhir di Tabur Far East. Kami rancang utk mendaki pada 9 April 2016.

Hari yg ditunggu2 telah tiba.Jam 7.00 pagi kami berkumpul di Hospital SALAM, Seremban utk carpool je..sekurang-kurangnya jimat segala2nya. Kitorg naik kereta Yanz, besar dan selesa. Selepas pickup Amir, Ayoi dan Sara kami meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur. Azy pn trut serta, tapi dia tunggu di K.L.

Kami tiba kawasan pembinaan yang merupakan laluan pendakian ke Bukit Tabur Extreme. Selepas park kereta kami memulakan perjalanan kami. Jam ketika itu menunjukkan pukul 9.20 pagi. Cuaca hari ni sangat panas dan berjerebu kesan daripada fenomena El-Nino. Utk smpai ke kawasan hutan, kami melalui kawasan pembinaan yg dipenuhi tanah merah, kemudiannya melalui kawasan lapang seperti kebun yang dijaga oleh seorang pakcik Indonesia yg sgt ramah. Utk smpai ke kwsan kebun ni, aku pun xtau kenapa aku rasa lemah sgt dan x bermaya. Mungkin sbb kepanasan dan tiada langsung angin bertiup apatah lagi sepoi bahasa pn xde. Aku gagahkan jugak bila tgk kwn lain semua bersemangat. Sampai ke kwsn hutan aku berharap ada la angin dan tempat redup bila di dalam nanti. Tapi..harapan tinggal harapan. Berapa kali jugakla aku, azy, yanz dan ayoi berhenti utk minum air. Langsung tidak terasa angin walaupun sudah jauh kami berjalan. Pendakian kali ni sgt extreme. Dinasihatkan kepada sesiapa yg ingin mendaki Tabur Extreme silalah berhati-hati. Kawasan pendakian sangat curam, licin dan berdebu. Sangat2 menggunakan kekuatan tangan untuk mendaki. Akhirnya sampai jugak kami di pit stop antara Extreme dan Far East. Cuaca ketika itu sangat terik dan kami pula semuanya sudah kekurangan air. Sedangkan aku bawa air mineral 1.5 liter. Pemandangan ketika itu tidak jelas kerana berjerebu. Sementara aku,yanz dan azy merehatkan diri, amir,sara dan ayoi pergi ke arah Extreme utk melihat kawasan. Selama 30 minit kitorg tggu, x muncul2 dorg. Rupa-rupanya dorg meninggalkn kami dan mendaki puncak Tabur Extreme. Menurut Sara, ketika mendaki puncak, cuaca sangat panas dan terik. Pemandangan di puncak tidak berapa cantik kerana berjerebu. Akhirnya kami ambil keputusan utk turun kerana tekak masing2 kering kehausan akibat kekurangan air. Amir kata akan repeat lagi untuk mendaki Bukit Tabur dan akan diberitahu kelak. Aku mencadangkan pada Amir, utk akn dtg utk mendaki Bukit Tabur kena tgk cuaca yang sesuai utk mendaki kerana ditakuti terkena strok haba akibat kepanasan yg melampau dan kena bawa air yang lebih serta air garam. Baru tadi aku dgr berita radio, suhu kepanasan di Kelantan kini telah mencecah 38°C.

Percutian ke Bandung

By | home, Travelog, Uncategorized | No Comments

Alhamdulillah..selesai sudah percutian selama 5 hari 4 malam di Kota Bandung. Penerbangan menggunakan Air Asia (AA). Harga tiket pergi dan balik sangat murah. Beli masa AA buat promosi “Free Seats”. Harga tiket untuk seorang KLIA-BDO-KLIA RM 107 xtermasuk “Airport Charge (AC)”. Tapi rasanya, mahal AC skrg berbanding dlu. Dlu dlm IDR 75,000 anggaran RM 24.00 sekarang RM 56.00. Luggage pn skrg da mahal. 20 kg RM 67.00 kalau dulu baru RM 30.00..huhuhu..Total semua untuk tiket RM 163.00 luggage kongsi berdua..so total semua utk seorg hampir RM 200.00. Ok ini tiket untuk 3 orang sekali meals, AC and luggage.

IMG_20160401_181019

Pemandangan Bandung dari atas

IMG_20160401_183018

Tiga Bersaudara

Read More