was successfully added to your cart.

TRIP KE KASHMIR IN LOVE

By May 23, 2018home

Assalammualaikum semua. Nak memulakan menaip ni, punyalah manjang takde waku. Satu perangai MALAS bersawang kat diri.

Ok, tak nak bebel panjang, sis nak kongsikan percutian sis ke Kashmir-Delhi, India akhir bulan April yang lalu. Gambar pulak, beribu..so sis bagi gambo yang terbaik je la ye,untk tontonan bersama.

Trip sis kali ni, sis bawa kawan ofis. Kami semua seramai 8 orang. Untuk memudahkan perjalanan, sis just ambil pakej On The Ground je.Murah dan Mudah,malah servis pun tip top la.

Sesiapa yang nak ke Kashmir-Delhi atau Kashmir sahaja, boleh la ambil pakej dengan 365 Holiday Travels atau follow FB Yousuf Kashmiri atau boleh hubungi whatsapp beliau di talian  +91 96229 46952. Harga sangat berpatutan. Pakej termasuk :-

  • 1 car for local sight seens and Airport Transfers include toll and parking
  • Accomodation (include 1 night in Houseboat @ Dal Lake)
  • Gulmarg Transfers
  • Sonamarg Transfers
  • Pahalgam Transfers
  • Breakfast / Dinner

Yousuf Kashmiri boleh whatsapp +91 96229 46952

Sis kongsikan sedikit Info ringkas tentang Kashmir.

  1. 95% penduduk Kashmir adalah Muslim. Tak payah risau makanan idsana, semuanya halal.
  2. Penduduk Kashmir sangat Tourist Friendly sebab, sumber ekonomi mereka bergantung kepada pelancongan dan kebanyakkannya boleh berbahasa Inggeris.
  3. Kashmir mempunyai 4 musim.
  • Musim Salji, Bulan Disember – Mac.
  • Musim Bunga, April – Mei.
  • Musim Panas, Mei – Ogos.
  • Musim Luruh, September – awal Disember…dan Kesemua musim cantik-cantik viewnya, kerana Kashmir dikelilingi kawasan bergunung ganang, boleh pilih musim mana yang sesuai.
  1. Tradisi mereka – Sentiasa meminta tips untuk apa jua pertolongan yang diberi (so,sediakanlah duit kecil untuk standby).
  2. Kat tempat lawatan atau membeli belah, kena pandai tawar menawar (bargain).
  3. Sebelum dua minggu fly, kena mohon VISA. Boleh buat secara online atau menggunakan agent. Sis guna agent je, risau tak menepati citarasa immigresen disana. (India sangat straight).

Day 1 – 27.04.2018

KUL – Delhi

Sis beli tiket Malindo Air Return RM 829.38 dengan luggage 20 kg. Tiket sis beli, mahal sikit, nasib2 la kan. Kalau nasib baik boleh dapat RM 500++. Perjalanan memakan masa 5 jam. Waktu Kashmir dan KUL lewat 2 jam setengah. Jam 8.00 malam kami sampai di Indira Gandhi International Airport, Delhi, Imdia. Kami ambil keputusan untuk tidur di Airport sahaja, memandangkan flight kami ke Srinagar (Kashmir) awal pagi esoknya.Untuk makluman kawan-kawan, susah nak dapat wifi kat airport, huh..bersapau la kami semua. Hulu hala mencari wifi, Allah ketemukan kami dengan pasangan suami isteri warganegara Malaysia yang bekerja di kedutaan Malaysia. Dapatlah kami menumpang wifi mereka untuk maklum keluarga di Malaysia yang kami da sampai ke Delhi…Alhamdulillah

Day 2 – 28.04.2018

Delhi – Srinagar

Jam 4.00 pagi waktu di Delhi, kami da check in luggage semua. Tido2 ayam je la kami kat airport. Penerbangan dari Delhi-Srinagar ambil masa dalam 1 jam 40 minit.

8.10 am kami sampai ke Srinagar. Setelah selesai ambil beg, kami diberi sekeping borang foreign “on arrival” untuk diisi. Lengkap isi borang, kami ke kaunter hadapan dan borang tersebut disemak beserta dengan passport sekali.

Datang seorang lelaki Kashmir bawa kertas atas nama sis, dan dia bantu kami sampai la kami jumpa dengan guide nama Jeelani Mir. Memandangkan kenderaan yang bakal kami naiki cukup2 untuk 8 orang, makanya..bagasi kami disusun diatas kenderaan tersebut.

Inilah guide kami – FB dia Jeelani Mir. Sangat baik dan mesra orangnya. boleh contact secara whatsapp +91 99067 09431

T I P S

Bila namanya ada orang membantu kita, samada bawa beg atau susun beg, bersiap sediala dengan duit kecil untuk tips atau pun duit upah. Ianya da jadi satu tradisi di India, segala bantuan yang diberi haruslah diupah. Anggaplah bersedekah,tapi..ikutlah kemampuan masing2. Kalau rasa diri tu sayang duit, angkat sendiri n susun sendiri beg tu kat ats kenderaan. Pada saya, ini terpulang kepada diri masing2.

Jeelani terus bawa kami check in di Hotel City Grace. Setel check in, kami dibawa untuk sightseens bandar Srinagar serta taman-taman yang cantik disini seperti Shalimar , Nishat, Chashme Shahi, Pari Mahal dan Taman Tulip.

With local Kashmiri girl

Shalimar Garden

Shalimar Garden

Pemandangan di Nishat Garden berlatar belakangkan gunung (panorama)

Chashme Shahi Garden

11.30 am – Kami lunch di Restoran Mughal Darbar dahulu. Menu pertama percubaan kami di Kashmir ialah Kashmiri Wazwan. Kambing panggang dia mmg lembut, tapi makanan yang lain macam kari dan kurma daging n kambing, masin sikit la.

Kashmiri Wazwan

12.30 pm – Lawatan ke taman-taman yang bunga-bungannya sedang berkembang. Cantik sungguh pemandangan taman-taman disini dihiasi bunga-bungaan yang berwarna-warni. Sayangnya..waktu kami tiba, taman tulip telah ditutup untuk pengunjung..xde rezeki kami. Jeelani bawa kami ke kedai menjual saffron n walnut yang segar dan original. Kami semua dihidangkan oleh tuan punya kedai dengan air teh ‘Kahwa’. Sangat baik untuk mengurangkan kesejukan serta depression. Seterusnya kami dibawa ke kilang handmade carpet. Harga dia..fuhhh..berpeluh dgr. Tapi, klu nak beli pashmina yg berkualiti, boleh la beli kat sini.

Badamwari Garden

Pakaian wanita local Kashmiri

Kahwa Tea-Green Tea Kashmir mix with saffron+herbs+almond+honey

Kahwa

Boleh shopping saffron n dry fruits serta walnut kat sini.Dijamin original

Lupa nak ambil gambar depan kilang ni. Tapi dekat sini ada jual pashmina n karpet yang berkualiti. (handmade)

7.30 pm – Balik ke hotel untuk dinner dan rehat

Hotel City Grace

Day 3 – 29.04.2018

Srinagar – Pahalgam – Srinagar

7.30 am – Kami bersarapan dulu di hotel. Kami dihidangkan dengan paratha n kuah kari, sedap.

8.30 am – Jeelani menjemput kami untuk memulakan perjalanan ke Pahalgam. Perjalanan mengambil masa 3 jam. Dalam perjalanan, sempat lagi kami membeli pisang. Pisang kat sini, manis dan sejuk.

11.00 am – Kami tiba di Pahalgam. Jeelani sudah berpesan kepada kami, harga meunggang kuda anggaran RS 1000-1100 sahaja jangan bayar lebih dari itu. Setelah selesai bargain harga, kami memasing bersedia untuk perjalanan yang mencabar. Laluan untuk sampai ke Baisaran Valley atau Mini Switzerland, memang sangat mencabar. Kalau takut, boleh minta horseman jaga kita sepenuhnya. Perjalanan yang berbukit curam dan cerun serta melalui gaung, amatlah mencabar, Alhamdulillah..horseman saya jaga dengan baik dan sampai juga saya ke Baisaran Valley.

Perjalanan dari bawah hingga ke atas mengambil masa 2 jam 30 minit. Bayangkan horseman semua berjalan kaki demi mencari sesuap nasi. Pemandangan sepanjang perjalanan mmg sangat2 ohsem lagi pula dengan cuaca yang dingin, mmg terbayang2 dimata cerita Bajrangi Bhaijaan. Untuk masuk ke Mini Swiss kena bayar RS 20, murah jer. View kat sini breathtaking. Kami mengupah cameraman dengan harga sekeping gambar 6 X 10 RS 200 sangat2 murah. Saja2 untuk jadikan kenang-kenangan. Puasla kami berposing sakan kat sini.

Pahalgam  (panorama)

Selesai pengembaraan dengan menunggang kuda, saya sedekah horseman yang jaga saya sebanyak RS 200 berserta biskut Julies dari Malaysia.

2.30 pm – Kami lunch di Hotel Paradise & Restaurant. Menu kami,of course la Chinese Food. Memang sedap walaupun CF campuran kashmiri style.

Chicken Mushroom Noodles

Chicken Fried Rice

 

Paradise Restaurant

Shopping lagi safron dekat sini

7.30 pm – Balik ke Hotel City Grace.

Day 4 – 30.04.2018

Srinagar – Sonamarg – Srinagar

7.30 am – Breakfast di hotel. Hari ini makan roti putih, jam n omelette. Roti putih dia pelik, keras kejung n padu amat.

8.00 am – Hari ini perjalanan kami ke Sonamarg mengambil masa 3 jam 30 minit. Sepanjang perjalanan kami disajikan dengan pemandangan yang indah.

Jambatan yang menghubungkan Sonamarg

Tiba di kawasan parking Sonamarg bagi kenderaan luar. Sepatutnya kami kena mengambil kenderaan lain untuk sampai ke atas, memandangkan, salji semakin mencair, Jeelani menasihatkan kami untuk menunggang kuda.

Kenderaan kami parking kat sini. Sini la tempat penginapan pelakon Bajrangi Bhaijaan

Sekiranya menaiki kenderaan, kami akan berjalan kaki sejauh 2.5 km dan sekiranya menunggang kuda, kami sampai terus di kaki gunung Sonamarg. Kalau naik kenderaan hanya RS 1500 / 8 pax, memandangkan tunggang kuda jadilah RS 1000/pax. Ingat ye..mesti BARGAIN

Perjalanan ke kaki gunung Sonamarg tidak secabar perjalanan ke Baisaran Valley, Pahalgam. Disini kami disajikan dengan pemandangan tempat berlakon Bajrangi Bhaijaan jugak. Salji semakin cair dan bercampur dengan tanah dan nampak kotor sikit. Disini kami buat aktiviti bermain sledge. Disini pun kena bargain. Harga sebenar hanya RS 200 tanpa ada 1-6 point. Dekat sini, bila dengar Malaysia mereka bayangkan kita ni kaya raya. Pada mulanya, kami diminta RS 1200 untuk 6 point (INGAT!!!Tiada point2). Tapi..bagila tips pada tukang tarik atau tukang tolak. Mereka tarik kita smpai ke atas bukit (ikutla berat badan masing2) dan turun menggelongsor menggunakan sledge.

Ini yang dikatakan Sledge

2.00 pm – Kami lunch di Hotel Vista Sonamarg. Sangat berpuashati dengan layanan n makanan di sini. Harga sangat berpatutan.

Hotel The Vista Sonamarg

Ambil gambar kat luar restoran

Chicken soup

Tak ingat apa nama ni

Ginger Chicken

5.00 pm – Jeelani membawa kami singgah ke Zindshah Baker di Srinagar. Menurut Jeelani, kuih muih yang dijual, sedap dan enak. Saya membeli biskut kelapa dan kek walnut. Biskut kelapa dia memang sedap la,lagi2 klu dpt cecah dgn kopi o atau milo..perghhh!!!

6.00 pm – Kami tiba di Dal Lake. Pemandangan rembang senja yang cantik dengan ketenangan air tasik, terasa damai mengusik jiwa..chewahh..

Dal Lake

Shopping di kedai2 kat Dal Lake – Produk yang dihasilkan dari kayu walnut

Produk Papier Mache

7.30 pm – Balik ke Hotel City Grace untuk dinner dan rehat. Packing bag untuk check out kerana esok hari kami akan bermalam di Houseboat @ Dal Lake.

Day 5 – 01.05.2018

Srinagar – Gulmarg – Srinagar -Dal Lake

7.30 am – Breakfast dulu. Makan capati bersama kuah kari..hmmm..mmg sedap.

8.30 am – Hari ni kami akan ke Gulmarg untuk bermain salji.

11.00 am – Tiba di kawasan kedai, kami sewa boot RS 150 sahaja kami sbb masing2 nak pakai jacket sendiri. Kami ambil guide untuk ke Gulmarg. Macam biasa bargain tau..saya dapat RS 500 dan guide saya bernama Kaka. Jeelani bawa kami naik ke tempat parking di kaki gunung Gulmarg. Dari tempat parking, tak perlu ambil kenderaan lagi, cukup hanya berjalan kaki. Tak jauh hanya 1km sahaja. Kaka tolong membelikan tiket utk kami sehingga ke Fasa 2. Fasa 1 RS 740 dan Fasa 2 RS 950.

Inilah guide kami – Kaka. Kedai belakang tu la tempat nak sewa boot n jacket

Banyak xtvt boleh dilakukan di Gulmarg seperti sledge, skiing n snow bike dengan perbelanjan sendiri. Mcm biasa, bargaining okay. Turun dari Gulmarg dan ingin ke tempat parking, malas nak berjalan, bolehla naik ATV hanya RS 500.

Pemandangan Gulmarg dari bawah

Gulmarg @ Fasa 2. Masa kami datang, Fasa 1 dah takde salji..so kena naik Fasa 2 baru ada salji

Malas nak jalan kaki, sesaje naik ATV

2.30 pm – Kami lunch di Pine View Hotel & Restaurant Gulmarg. Pilihan kami, mestilah chinese food serta capati n paratha. Memang sedap la makanan kat Kashmir ni. Saya sempat tapaw massala maggie lagi masa kat Gulmarg, eh…sedap ekkkk!!!

4.30 pm – Jeelani bawa kami ke sebuah rumah kampung dimana ada menanam pokok epal,tulip, mawar dan bermacam lagi tumbuhan, dah x ingat. Sebelah rumah tu ada sebuah kedai menjual handicrafts, sempat lagi kami menyopping papier mache, murah2 berbanding di Dal Lake.

Inilah kedai sebelah kebun tu. Murah2 barang kat sini.

Sakan menyopping pashmina dan papier mache

6.30 pm – Kami chek in House Boat New Pleasure Palace. Malam ni kami tido di houseboat. View n suasana kat sini umangaiii, fefeeling mcm maharani lebih2 lagi masa makan.

Pintu masuk ke houseboat

Tempat santai sambil menghirup udara segar

Ruang tamu dalam houseboat

Banyak bilik. Laluan untuk ke bilik

Bilik bersekali dengan toilet. Besar tau bilik ni

Day 6 – 02.05.2018

Houseboat Dal Lake – Delhi

7.30 am – Kami disajikan dengan sarapan roti n jam serta omelette.

Abaikan mata yang tgh tido tu

Bumbung Houseboat menggunakan kayu walnut

Pengangkutan (shikara) menghubungkan houseboat n darat

Ni lah tempat penginapan kami

Pemandangan dari penginapan houseboat kami

Gigih pakcik kat belakang tu mendayung

11.50 am- Kami bergerak ke Srinagar Airport. Memandangkan kami sudah terlewat, hati tu dah tak tentu arah.  Perjalanan makan masa satu jam setengah. Untuk masuk ke airport, kita kena tunjukkan passport dan tiket flight kepada army kat pagar masuk. Selepas pagar tu, kita kena punggah beg untuk di scan. Selepas scan, susun balik beg ke atas jeep. Bagilah tips pada yang sudi menyusun beg kita tu. Sampai depan pintu airport, scan lagi luggage n beg. Masa ni kamu semua kena tentukan mana luggage nak bawa naik atau simpan di bawah. Yang nak bawa ke atas jangan letak sticker seal tu. Kalau dah letak, jawapannya memang kena letak bawah la ye. Berlari lagi, kami mencari kaunter Jetairways. Untuk penyimpanan luggage pramugari Jetairways banyak bantu kami. Dalam masa berlari tadi, ada orang jerit kami, rupanya kena isi borang keluar Kashmir pulak. Kami ni dah la terlewat, nasib pegawai Jetairways terangkan yang kami dah terlewat. Alhamdulillah saya dah check in awal untuk semua. Setel ambil ticket kami masuk ke pintu depart, kena scan lagi beg ye. Malah kena keluarkan barang-barang dalam beg untuk di periksa. So,jgn la letak pakaian dalam (malu) atau cecair yang lebih 100 ml ya (dirampas). Alhamdulillah, selamat kami ke dalam badan kapal terbang. Kita bersambung di episod Memori Of Love – Taj Mahal.