was successfully added to your cart.

Pendakian ke Bukit Tabur

By | home, XPDC | No Comments

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Kali ni nak cerita pasal pendakian pulak.. Kali ni xpdc mendaki Bukit Tabur. Bukit Tabur terletak di Taman Melawati, Gombak. Menurut Amir selaku ketua pendakian, Bukit Tabur ni ada banyak puncak. Tabur East, Tabur West, Tabur Far East dan Tabur Extreme. Pada perancangan awal, kami akan mula pendakian di Tabur Extreme dan berakhir di Tabur Far East. Kami rancang utk mendaki pada 9 April 2016.

Hari yg ditunggu2 telah tiba.Jam 7.00 pagi kami berkumpul di Hospital SALAM, Seremban utk carpool je..sekurang-kurangnya jimat segala2nya. Kitorg naik kereta Yanz, besar dan selesa. Selepas pickup Amir, Ayoi dan Sara kami meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur. Azy pn trut serta, tapi dia tunggu di K.L.

Kami tiba kawasan pembinaan yang merupakan laluan pendakian ke Bukit Tabur Extreme. Selepas park kereta kami memulakan perjalanan kami. Jam ketika itu menunjukkan pukul 9.20 pagi. Cuaca hari ni sangat panas dan berjerebu kesan daripada fenomena El-Nino. Utk smpai ke kawasan hutan, kami melalui kawasan pembinaan yg dipenuhi tanah merah, kemudiannya melalui kawasan lapang seperti kebun yang dijaga oleh seorang pakcik Indonesia yg sgt ramah. Utk smpai ke kwsan kebun ni, aku pun xtau kenapa aku rasa lemah sgt dan x bermaya. Mungkin sbb kepanasan dan tiada langsung angin bertiup apatah lagi sepoi bahasa pn xde. Aku gagahkan jugak bila tgk kwn lain semua bersemangat. Sampai ke kwsn hutan aku berharap ada la angin dan tempat redup bila di dalam nanti. Tapi..harapan tinggal harapan. Berapa kali jugakla aku, azy, yanz dan ayoi berhenti utk minum air. Langsung tidak terasa angin walaupun sudah jauh kami berjalan. Pendakian kali ni sgt extreme. Dinasihatkan kepada sesiapa yg ingin mendaki Tabur Extreme silalah berhati-hati. Kawasan pendakian sangat curam, licin dan berdebu. Sangat2 menggunakan kekuatan tangan untuk mendaki. Akhirnya sampai jugak kami di pit stop antara Extreme dan Far East. Cuaca ketika itu sangat terik dan kami pula semuanya sudah kekurangan air. Sedangkan aku bawa air mineral 1.5 liter. Pemandangan ketika itu tidak jelas kerana berjerebu. Sementara aku,yanz dan azy merehatkan diri, amir,sara dan ayoi pergi ke arah Extreme utk melihat kawasan. Selama 30 minit kitorg tggu, x muncul2 dorg. Rupa-rupanya dorg meninggalkn kami dan mendaki puncak Tabur Extreme. Menurut Sara, ketika mendaki puncak, cuaca sangat panas dan terik. Pemandangan di puncak tidak berapa cantik kerana berjerebu. Akhirnya kami ambil keputusan utk turun kerana tekak masing2 kering kehausan akibat kekurangan air. Amir kata akan repeat lagi untuk mendaki Bukit Tabur dan akan diberitahu kelak. Aku mencadangkan pada Amir, utk akn dtg utk mendaki Bukit Tabur kena tgk cuaca yang sesuai utk mendaki kerana ditakuti terkena strok haba akibat kepanasan yg melampau dan kena bawa air yang lebih serta air garam. Baru tadi aku dgr berita radio, suhu kepanasan di Kelantan kini telah mencecah 38°C.